Terdapat
empat sistem yang digunakan semasa pemerintahan Bani Umayyah di Damsyik
antaranya ialah perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah negara bagi
menggantikan Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, untuk memilih ketua bagi mengetuai pentadbiran negara pula menggunakan Sistem Wazarah iaitu perlantikan
wazir (menteri) manakala gabenor
pula ditugaskan untuk mengetuai pentadbiran wilayah. Seterusnya, sistem urus
setia yang melantik pegawai bagi mengumpul rekod, mengurus urusan surat-menyurat
dan sistem hijabah yang menjaga keselamatan khalifah.
SUMBANGAN-SUMBANGAN KETIKA PEMERINTAHAN DI DAMSYIK
Antara
sumbangan ketika pemerintahan di Damsyik adalah dari segi pendidikan dan sosial, ekonomi dan seni bina.
Dari
segi pendidikan dan sosial, ilmu sains dan teknologi mula berkembang pesat sejajar
dengan teknologi pembuatan kapal, alat peperangan dan juga teknik pertanian.
Selain itu, bermulanya perkembangan aktiviti penterjemahan daripada Bahasa Latin ke Bahasa Arab semasa pemerintahan Al-Walid B Abdul Malik menjadikan
Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan Kota Basrah sebagai pusat pengajaran dan
penyebaran ilmu, manakala pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
ilmu al-quran dan Hadith mula berkembang.
Dari
segi ekonomi, khalifah-khalifah telah membangunkan sistem ekonomi yang membangun dan sangat sistematik bagi memudahkan urusan harian penduduk-penduduk di kawasan itu. Ia melebihkan kepada kemudahan tanaman dan kebiasaannya hasil tanaman akan diperdagangkan di negara-negara asing. Ia bukan sahaja mendatangkan keuntungan malah ia juga telah menyebabkan pengkhususan kerja untuk penduduk-penduduk setempat.
Kegiatan ekonomi dari segi pertanian ialah salah satu kegiatan ekonomi yang termasyhur sekali kerana ia telah memperkenalkan sistem pengairan yang teratur dan sistematik. Dengan wujudnya sistem ini, ia telah membuatkan hasil tahunan pertanian semakin bertambah dari semasa ke semasa. Antara-antara jenis tanaman yang terkenal pada masa itu ialah limau, tebu, padi dan kapas. Selain itu, Kerajaan Bani Umayyah ialah kawasan yang paling maju dan membangun dari sektor pertaniannya.
Bukan itu sahaja, malah kerajaan Bani Umayyah juga kaya dengan hasil logamnya. Dengan sistem yang maju dan terkini kerajaan Bani Umayyah dapat bersaing dengan negara lain dengan mudahnya. Di samping itu, matawang Byzantine dan Parsi ditukar kepada matawang Islam ketika dibawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan. Akhir sekali, pusat baitulmal mula ditubuhkan di setiap wilayah.

Namun kejayaan pemerintahan Bani Umayyah di Damsyik tidak
bertahan lama kerana terdapat beberapa faktor kejatuhan yang dialami pada zaman
itu antaranya ialah sistem pergantian khalifah melalui
garis keturunan tidak jelas sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan
anggota keluarga. Seterusnya berlakunya penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij yang tidak
bersetuju dengan penubuhan kerajaan Umayyah. Selain itu , pertentangan etnik antara
suku kaum Arab Utara (Bani Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) telah berlaku sejak sekian lama dan ia menyukarkan kerajaan Bani Umayyah mewujudkan kesatuan. Di samping itu, sikap hidup
sebahagian pemerintah yang hidup bermewah dan lalai dengan kenikmatan dunia
sehingga mengabaikan tuntutan agama. Kemudian, munculnya gerakan penentangan daripada
keturunan Al-Abbas b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan kaum
Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Kerajaan Bani
Umayyah.
No comments:
Post a Comment