Bani Umayyah

LATAR BELAKANG KHALIFAH BANI UMAYYAH


Selepas berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, pemerintahan negara Islam telah diterajui oleh Khalifah Bani Umayyah.  Ia ditubuhkan pada tahun 41 Hijrah oleh Muawiyyah bin Abi Sufian sehingga 132 Hijrah. Tempoh pemerintahan kerajaan Bani Umayyah ialah 91 Tahun 9 Bulan. Bilangan pemerintah yang menerajui kerajaan ini kesemuanya ialah 13 orang. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Sham (Damsyik).




FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH ISLAM PADA ZAMAN BANI UMAYYAH


1   Faktor kejayaan dakwah Islam pada zaman Bani Umayyah yang pertama ialah  berdakwah menurut kaedah yang betul iaitu berdakwah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Pendakwah pada zaman Bani Umayyah juga melaksanakan tugas dengan ikhlas dan sanggup berkorban tanpa mengharapkan habuan dan balasan serta sanggup mengorbankan jiwa, harta benda, masa dan tenaga. Selain itu, pendakwah memiliki semangat jihad yang tinggi walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan juga rintangan.


CARA PENYEBARAN DAKWAH


1  Cara penyebaran dakwah pada zaman Bani Umayyah kebiasaannya melalui  perbicangan dan perdebatan dengan cara yang penuh hikmah dan bijaksana. Seterusnya, kegiatan perniagaan yang dijalankan menarik minat orang bukan Islam memeluk Islam. Selain itu, hubungan diplomatik dan pembukaan wilayah baru memberi ruang kepada usaha penyebaran islam pada zaman itu. Di samping itu, pengislaman ketua-ketua kaum atau wilayah mendorong rakyatnya memeluk Islam. Pendakwah- pendakwah pada Zaman Bani Umayyah menawarkan bantuan atau perlindungan daripada ancaman kepada individu atau negara. Akhir sekali, perkembangan ilmu pengetahuan menarik orang bukan islam dari Eropah, Afrika dan Asia untuk datang menuntut ilmu dipusat pengajian dinegara Islam, Dari situ mereka mula mengenali Islam dan seterusnya memeluk agama Islam.


FAKTOR YANG MEMPERCEPATKAN PENYEBARAN DAKWAH

       
1    Pelaksanaan dakwah pada zaman Bani Umayyah dilakukan dan dianjurkan  pada masa itu adalah dirujukkan dari Al-Quran dan Al-Sunnah. Seterusnya, golongan bukan Islam diberi layanan yang adil ialah juga salah satu faktor yang mempercepatkan penyebaran dakwah. Kemudian, pemerintahan penduduk tempatan meminta supaya kerajaan Islam membebaskan mereka daripada penindasan pemerintah tempatan yang zalim. Akhir sekali, penduduk tempatan juga mempunyai keinginan untuk bebas daripada belengu penjajahan Rom dan Parsi.


SIFAT-SIFAT PENDAKWAH


1  Pendakwah pada zaman Bani Umayyah menyampaikan dakwah dengan penuh ikhlas. Mereka berdakwah semata –mata kerana Allah S.W.T. Selain itu, pendakwah-pendakwah juga mempunyai sifat yang sabar. Mereka sentiasa tabah dalam meghadapi dugaan, cabaran mahupun rintangan yang menimpa. Para pendakwah pada zaman itu sangat berdisiplin. Mereka melakukan kerja dakwah dengan penuh rasa tanggungjawab dan melakukan yang terbaik. Seterusnya, mereka sanggup berkorban masa, tenaga, harta benda dan jiwa demi dakwah yang ingin disampaikan. Mereka sangat bermotivasi dalam mengerakkan kerja-kerja dakwah dan menyampaikan dakwah.

.
KESAN PERKEMBANGAN PENYEBARAN DAKWAH


1  Kesan perkembangan penyebaran dakwah yang pertama iala perluasan wilayah pada zaman Bani Umayyah tersebut. Wilayah Islam telah berkembang ke Eropah dan juga Asia. Kedua, umat Islam juga mula bertambah. Sebelum zaman Khalifah Bani Umayyah, penganut islam hanya tertumpu di Tanah Arab sahaja tetapi dengan usaha dakwah umat Islam ia boleh didapati di seluruh dunia kerana ia tidak memandang rupa, warna kulit dan sebagainya. Akhir sekali ialah penghijrahan umat Islam. Penghijrahan ini berlaku kerana beberapa tujuan seperti pengajaran agama Islam, perniagaan, pentadbiran dan pembangunan.


KESAN PENYEBARAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MANUSIA


1.       Aqidah – ramai masyarakat bukan Islam menerima Islam secara sukarela.
2.       Kebudayaan – Islam memperkenalkan pelbagai budaya yang positif seperti budaya ilmu, hiburan yang tidak melalaikan, dan menghormati jiran tetangga.
3.       Pemikiran – Islam membawa pemikiran baru dalam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi.
4.       Kemasyarakatan – Kedatangan Islam menghapuskan diskriminasi kaum, warna kulit, keturunan dan bangsa berasaskan prinsip keadilan sosial.


KETENTERAAN


1   Ia mewarisi organisasi kententeraan pada zaman Khulafa Al-Rasyidin terutama zaman Khalifah Umar bin Khattab. Seterusnya ia diketuai oleh khalifah dan dibawahnya terdapat Dewan Al Jundi yang bertanggungjawab terhadap daftar nama tentera, urusan gaji, pakaian seragam dan alat kelengkapan ketenteraan. Selain itu, ia memberi peluang kepada orang bukan Arab seperti Bar-bar untuk menganggotai organisasi kenteteraan. Akhir sekali, ia mempunyai penubuhan angkatan tentera laut.


FAKTOR KEJAYAAN KETENTERAAN


1   Salah satu faktor kejayaan ketenteraan pada zaman Bani Umayyah ialah kerana struktur organisasi yang tersusun rapi. Kedua, semangat jihad yang berasaskan kepada keimanan. Ketiga ialah kerana panglimanya yang berkaliber seperti Musa bin Nusair. Keempat ialah strategi peperangan yang tersusun dan penuh perancangan. Kelima ialah kerana kelengkapan yang canggih seperti manjanik dan dabbabat. Akhir sekali ialah  kerana dasar ketenteraannya yang terbuka.


STRATEGI DAN TEKNIK-TEKNIK PEPERANGAN YANG DIGUNAKAN PADA ZAMAN KHALIFAH BANI UMAYYAH BANYAK DIWARISI DARI ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN ANTARA STRATEGI YANG DIGUNAKAN IALAH

1   Pertama, melemahkan kuasa Rom dan Parsi yang sentiasa menyerang wilayah-wilayah Islam yang bersempadan negara dengan cara memperkuatkan benteng pertahanan negara Islam dan menyerang wilayah-wilayah yang memberikan ancaman kepada negara Islam. Kedua,  menstabilkan wilayah-wilayah yang ditakluki sebelum melakukan ekspedisi seterusnya. Ketiga, teknik peperangan yang digunakan kekuatan tentera berjalan kaki dan tentera berkuda. Unta digunakan untuk membawa alat alat kelengkapan tentera, bahan makana dan perubatan. Keempat, formasi ketenteraan yang digunakan adalah pelbagai. Antaranya ialah meletakkan lima pasukan dikedudukan dihadapan, tengah, sayap kanan,sayap kiri, dan belakang. Pada masa yang lain meletakkan kelima-lima pasukan dalam posisi sebaris sahaja.


KEPENTINGAN STRUKTUR ORGANISASI DALAM KETENTERAAN

Kepentingan struktur organisasi dalam ketenteraan yang pertama ialah, melicinkan urusan pentadbiran ketenteraan. Kedua ialah pembahagian kerja dan bidang kuasa yang jelas dan teratur. Ketiga ialah  menjaga disiplin anggota tentera. Keempat ialah menjaga kebajikan anggota tentera. Akhir sekali ialah melahirkan pasukan tentera yang beribawa.


FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN PADA ZAMAN KHALIFAH BANI UMAYYAH

Pertama ialah sikap dan minat yang ditunjukkan oleh khalifah terhadap ilmu pengetahuan. Kedua ialah kegiatan penterjemahan, penyelidikan dan penjilidan buku-buku dilakukan secara besar-besaran di darul hikmah. Ketiga ialah wujud kemudahan dan prasana pendidikan seperti pusat pengajian yang bermula daripada peringkat rendah sehingga keperingkat universiti. Akhir sekali ialah polisi kerajaan yang membawa masuk para ilmuan dari luar negara untuk mengajar berkhidmat dipusat-pusat pengajian dan agensi pentadbiran negara. 

No comments:

Post a Comment