Monday 15 February 2016

Kegemilangan Tamadun Islam Pada Zaman Bani Umayyah 1 Di Damsyik Dan Umayyah 2 Di Cordova

Definisi Tamadun

Tamadun berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu maddana, tamaddana dan tamaddun. Maddana: to civilize yang bermaksud untuk memajukan masyarakat supaya lebih berorganisasi dan membangun serta hidup dengan lebih selesa. Tamaddana: to become civilized bermaksud mentamadunkan atau memperadabkan manakala tamaddun: civilization bermaksud ketamadunan (Maan Z. Madina, 2011). Sesetengah sarjana menyatakan tamadun dari sudut bahasa sebagai al-Hadharah yang membawa erti menetap di bandar. Menurut Kamus Dewan, Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi peradaban.

 Definisi Tamadun Islam 

 Manakala, maksud perkataan Tamadun Islam merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya pada kemajuan yang serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan al-Din sebgai asas yang membentuk tamadun berbanding dengan tamadun lain yang diasaskan oleh manusia.